Kebodohan Remaja Singapura Tunjuk Hero Di Marina Bay Sands Bawa Padah~!
Di Singapura, tindakan beberapa remaja yang bermain-main di permukaan pancuran air di Marina Bay Sands mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka tercedera.
Memetik laporan, sebelum kejadian itu mereka dipercayai melakukan beberapa aksi lompatan yang berbahaya.
Menurut saksi, remaja yang tercedera itu dipercayai tergelincir sebelum mukanya terhempas ke permukaan pancuran.
Usaha menyelamatkan remaja itu oleh rakan-rakannya menemui kesukaran kerana permukaan yang licin.
Akhirnya, dengan menggunakan jaket, mereka berjaya menyelamatkan remaja yang tercedera itu.
Mujurlah air pancuran itu tidak dibuka pada ketika itu, jika tidak entah apalah nasib remaja malang itu.
0 comments: