Tajuk dah explen everything.. sape lemah semangat dinasihatkan jagan tengok yer.. Meremang bulu roma kot.. Damn..
Read More »
LONDON – Seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan sanggup membiarkan anaknya yang berusia empat tahun mati kelaparan dan menyembunyikan rangka berkenaan dalam rumah selama dua tahun.
Dalam tempoh dua tahun itu, dia terus memungut wang kebajikan atas nama kanak-kanak itu iaitu Hamzah Khan.
Wanita tersebut, Amanda Hutton, 43, juga membiarkan rangka Hamzah di atas katil bayi dengan anak patung beruangnya.
Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat kekurangan makanan.
Malah bedah siasat yang dijalankan mendapati pembesarannya juga terbantut dan dia masih memakai baju bayi berusia enam hingga sembilan bulan ketika mayatnya ditemui.
Selepas beberapa jam Hamzah meninggal dunia, wanita tidak berhati perut itu memesan pizza.
Perkara berkenaan didedahkan dalam kes perbicaraan ke atas Amanda yang didakwa membunuh anaknya sendiri di Mahkamah Bradford.
Ketika membentangkan kesnya, pendakwaraya Paul Greaney memberitahu mahkamah bahawa Hamzah meninggal dunia pada 15 Disember 2009 dan mayatnya ditemui pada 21 September 2011.
Mayat itu ditemui selepas dua anggota PCSO melawat rumah mangsa di Crofton Road, Bradford, bagi menyiasat dakwaan mengenai penemuan lampin pakai buang di kawasan kejiranan berkenaan.
Menurut Greaney, keadaan di rumah berkenaan juga amat teruk dan dipenuhi dengan sampah sarap, najis serta lalat.
“Pendakwaan kes ini adalah mudah. Amanda Hutton gagal memberi makanan berkhasiat kepada anaknya hingga menyebabkan budak berkenaan jatuh sakit. Ia juga menunjukkan dia membunuh Hamzah.
“Pembesaran Hamzah telah terbantut dan dia juga meninggal dunia akibat kebuluran,’’ katanya.
Beliau juga memberitahu, Hamza sering dikurung dalam bilik oleh ibunya yang juga seorang pemabuk dan penagih dadah.
Perbicaraan kes itu bersambung.
Read More »
Di Singapura, tindakan beberapa remaja yang bermain-main di permukaan pancuran air di Marina Bay Sands mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka tercedera.
Memetik laporan, sebelum kejadian itu mereka dipercayai melakukan beberapa aksi lompatan yang berbahaya.
Menurut saksi, remaja yang tercedera itu dipercayai tergelincir sebelum mukanya terhempas ke permukaan pancuran.
Usaha menyelamatkan remaja itu oleh rakan-rakannya menemui kesukaran kerana permukaan yang licin.
Akhirnya, dengan menggunakan jaket, mereka berjaya menyelamatkan remaja yang tercedera itu.
Mujurlah air pancuran itu tidak dibuka pada ketika itu, jika tidak entah apalah nasib remaja malang itu.
Read More »
Kita mungkin biasa melihat siput jenis siput babi, siput sedut dan juga mungkin siput yang mahal dan dihidangkan di restoran makanan Perancis sahaja iaitu siput escargot yang dihidangkan sebagai juadah mewah.
Adakah anda pernah menemui siput yang mempunyai cangkerang lutsinar seperti kaca?
Sepasukan Saintis dari Universiti Goethe, Frankfurt di Jerman dan sekumpulan penyelidik telah menemui sejenis hidupan bawah tanah di wilayah Zagreb, Coratia iaitu sejenis siput yang bercangkerang lutsinar seperti kaca.
Siput itu atau nama saintifiknya Zospeum Tholussun ditemui di Lukina Jama-Trojama iaitu sebuah gua daripada 20 gua paling dalam di dunia.
Siput itu turut dikalisifkasikan sebagai siput spesis yang baru ditemui.
Zospeum Tholussun ditemui di kawasan berpasir dan berbatu berhampiran aliran sebatang anak sungai pada kedalaman luar biasa iaitu 980 meter dari permukaan gua tersebut iaitu hampir satu kilometer.
Menurut saintis, ia jelas menunjukkan siput terbabit memilih tempat gelap dan kawasan berlumpur di dalam gua bawah tanah sebagai habitatnya.
Selain itu, mereka juga mendapati keupayaan untuk haiwan tersebut bergerak juga terhad dan ia terpaksa ‘menumpang’ haiwan mamalia lebih besar untuk berpindah ke kawasan lain.
Penemuan menakjubkan itu turut diterbitkan menerusi jurnal Biologi Bawah Tanah.
Read More »
Orang bakar atau buang tayar buruk tetapi dia ini mencipta pula patung daripadanya.
Read More »
Filem yang di jangka akan menjalani penggambaran pada Disember nanti mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020.
“Plot berkisar mengenai seorang pemuda iaitu Zohri yang hidup pada zaman kini kembali ke tahun 1942. Pada era tersebut, Zohri akan menjiwai karakter prebet Naim berjuang melawan Jepun dan merasai penderitaan bangsa Melayu sebelum mencapai kemerdekaan,” katanya.
KUALA LUMPUR, 18 SEPT 2013: Selepas Perdana Menteri kita sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabarkan akan membuat penampilan khas dalam sebuah filem berjudul Ikrar Perwira, khabar terbaru menyatakan Tun Dr. Mahathir pula bakal membuat penampilan cameo dalam sebuah filem patriotik.
Filem berjudul Kapsul arahan Martias Mohd Ali itu masih dalam proses praproduksi
Martias yang juga merupakan penulis skrip filem itu berkata, usaha medapatkan kerjasama pemimpin negara yang disegani ramai hingga ke peringkat antarabangsa itu masih dalam perbincangan antara produksi Two Tones Sdn Bhd bersama beliau.
“Kami masih berbincang mengenai perkara ini dan berharap beliau dapat membintangi filem ini yang mahu menggambarkan semula Wawasan 2020″, katanya.
Katanya, Zohri diupah seorang lelaki bergelar Datuk untuk mencuri kapsul Wawasan 2020 sebelum dia didapati hilang. Latar belakang filem ini adalah zaman sebelum negara merdeka dan ianya dipaparkan sebanyak 70 peratus.
“Filem ini diinspirasi daripada idea mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang memperkenalkan Wawasan 2020. Mungkin ramai antara kita sudah lupa mengenai misi negara ini,” katanya.
Pelakon berpengalaman Faizal Hussien sudah mengesahkan akan membintangi watak utama filem ini termasuk Shaharuddin Thamby dan penampilan khas, jutawan internet, Irfan Khairi.
Read More »
Sebuah syarikat pengendali keretapi Jumaat lepas memperkenalkan keretapi mewah dan mensasarkan ia menjadi popular dalam kalangan rakyat Jepun yang berpendapatan tinggi.
Syarikat Kyushu Railway mendedahkan koc Nanatsuboshi yang menawarkan kemewahan serta layanan sehingga tujuh bintang.
Keretapi itu menawarkan ruang rehat dilengkapi dengan bar dan piano, restoran mewah serta 14 buah suite peribadi.
Setiap bilik peribadi disertakan dengan katil yang empuk bersama meja tulis dan juga bilik air yang luar bersama pancuran air dan tandas serta alat pemanas.
Keretapi itu akan bergerak di kawasan luar bandar di Pulau Kyushu dengan pakej empat hari tiga malam yang harganya mencecah 1.13 juta yen (RM36,190) bagi satu pasangan.
Syarikat itu menamakan rekabentuk keretapi mewah itu sebagai gabungan rekabentuk fusion antara Jepun dan Barat atau gabungan lama dan baru.
Keretapi itu akan memulakan perkhidmatannya pada bulan depan tetapi perjalanannya sudah pun habis ditempah sehingga Jun 2014.
Read More »